Anda belum mendaftar masuk . (Daftar masuk )

JPW


Langkau Menu utama

Menu utama

Kursus yang tersedia

  • Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?

    Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda diingatkan bahawa anda berkemungkinan sudah mempunyai Akaun Google, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya benar, terus sahaja melog masuk. Kemudian, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara itu semua sudah ditetapkan, anda kini bersedia untuk mula memblog!

    Bagaimana hendak membuat blog Blogger?

    Apabila anda sudah membuat akaun Blogger, log masuk ke www.blogger.com dan klik "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL) untuk blog anda. Taipkan huruf dalam kotak pengesahan perkataan untuk membuktikan anda ialah orang sebenar dan klik "Teruskan". Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; berikut adalah penampilannya kepada pembaca anda. Blogger kemudiannya membuat blog baru anda yang akan muncul di alamat yang anda pilih dalam Langkah 2.

    Bagaimana hendak menyiarkan ke blog saya?

    Pada Papan Pemuka anda, klik "Catatan Baru" bersebelahan dengan blog yang anda mahu siarkan. Mulakan dengan memberikan tajuk kepada catatan anda (pilihan) dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda sudah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk pratonton bentuk penampilannya apabila ia diterbitkan. Setelah anda berpuas hati dengan catatan anda, klik "Terbitkan".

    Bagaimana hendak menyiarkan gambar?

    Anda boleh memuat naik foto menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan melihat tetingkap yang membenarkan anda memilih imej atau berbilang imej dari komputer anda. Cuma klik "Semak Imbas" untuk mencari imej yang anda mahukan. Ataupun anda boleh memasukkan URL imej yang sudah pun berada dalam talian untuk menyisipkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pada pautan untuk memilih reka letak, anda boleh memperibadikan cara imej anda muncul dalam catatan anda. Pilihan kiri, tengah dan kanan akan menentukan aliran teks catatan anda di sekeliling gambar itu. Pilihan saiz ini membolehkan anda menukar skala gambar kepada saiz yang berbeza di dalam kawasan catatan ini.

    Bagaimana hendak menambahkan foto saya pada profil saya?

    Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Tatal ke bahagian "Fotograf" di bawah, di mana anda boleh memilih fail dari komputer anda ataupun memasukkan URL imej jika foto yang anda mahukan boleh ditemui dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa imej hendaklah bersaiz 50k atau lebih kecil.

    Di manakah tajuk blog saya akan muncul?

    Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan | Asas di Blogger, boleh muncul di berbilang tempat: pada blog yang anda terbitkan, pada Papan Pemuka anda dan dalam profil anda. Oleh itu pastikan ia kreatif!

    Apakah itu URL?

    URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.

    Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.
  • Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

    • BAHAN A (dalam kek)
    • 5 biji kuning telur
    • 3 biji putih telur
    • 150 gram gula kastor
    • 100 gram tepung hong kong
    • 1 sudu makan ovelet
    • BAHAN B (dalam kek)
    • 200 gram mentega/butter
    • 3 sudu makan susu pekat
    • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
    • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
    • 190 gram tepung hong kong
    • 150 gram gula kastor
    • 1 sudu makan ovelet
    • 250 gram butter/mentega (cairkan)
    • 50 ml susu cair

    Cara-cara

    1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
    2. Pukul Bahan B hingga sebati.
    3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
    4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
    5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
    6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
    7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
    8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
    9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
    10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
    11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

  • Bahan-bahan ( 30 bantal )

    • 250grm tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 500ml santan
    • 1/2 sudu teh garam
    • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
    • Filling**
    • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
    • Isi Durian yg telah dilenyek.

    Cara-cara

    1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
    2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
    3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
    4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


Kategori Kursus


Langkau Kalendar

Kalendar

Aha Isn Sel Rab Kha Jum Sab
        1 2 3
4 5 Hari ini Selasa, 6 Desember 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Langkau Pengguna Online

Pengguna Online

(5 minit yang lepas)
Tiada
Langkau Aktiviti terkini

Aktiviti terkini

Aktiviti semenjak Minggu, 4 Desember 2016, 08:50

Tiada yang baru sejak kali terakhir anda login

Langkau Acara Akan Datang

Acara Akan Datang

Tiada acara akan datang